SYARAT KURSUS A4 (SEPARUH MASA)
i. Bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia.
ii. Berumur tidak kurang daripada 20 tahun (pada tarikh peperiksaan).
iii. Kelayakan minima tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan penuh kerajaan.
iv. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan.
v. Mempunyai Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah dan satu (1) tahun dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah.
vi. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak bagi tempoh satu (1) tahun dan juga kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah bagi tempoh satu (1) tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
atau
iii. Mempunyai Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Kategori A1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah.
iv. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak di atas bagi tempoh satu (1) tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
atau
v. Mempunyai Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Kategori A4-1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah.
vi. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak di atas bagi tempoh satu (1) tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
No comments:
Post a Comment